(WUU3032)ILMU TAJWID DAN HAFAZAN AL-QURAN - NIK AHMAD MUMTAZ BIN NIK DIN
MICRO CREDENTIAL

Kursus ini memberi pendedahan kepada teori dan praktikal ilmu tajwid serta hafazan al-Quran. Penekanan diberikan kepada penguasaan bacaan al-Quran mengikut kaedah tajwid yang sahih, di samping perbahasan mengenai topik-topik utama dalam ilmu tajwid. Pelajar akan dibimbing dengan kaedah bacaan yang tepat, latihan hafazan yang sistematik, serta perbincangan tentang isu-isu penting berkaitan tajwid. Kursus ini turut merangkumi penerangan dan pengkategorian metodologi tajwid berasaskan sumbangan ulama serta karya rujukan yang menjadi panduan dalam pengajian al-Quran. Penerokaan kursus ini menekankan aspek praktikal bacaan dan hafazan sebagai asas penguasaan ilmu al-Quran.