Available courses
Kursus ini membincangkan tentang kaunseling dan psikoterapi dalam Islam dan juga integrasinya dengan pendekatan Barat. Antara perkara yang dibincangkan termasuklah Pengenalan kaunseling dan psikoterapi dalam Islam, Sejarah Perkembangan Ilmu Kaunseling dan Psikoterapi Islam, Persamaan dan Perbezaan antara Kaunseling dan Psikoterapi, Tokoh-tokoh kaunseling dan psikoterapi Islam, Teori dan model kaunseling/psikoterapi, Tazkiyah An-Nafs, Integrasi Tazkiyah An-Nafs dengan model Barat, model kaunseling al-Ghazali, ciri-ciri psikoterapi Islam dan isu-isu semasa. Tujuan kursus ini ialah untuk memberikan pendedahan tentang elemen-elemen yang terdapat dalam kaunseling dan psikoterapi Islam. Selain itu, untuk menerangkan tentang kaedah dan pendekatan yang terbaik dalam membantu klien dengan menggunakan integrasi kedua-dua model Barat dan islam. Pengajaran dan pembelajaran akan dilaksanakan dalam bentuk kuliah dan tutorial. Pada akhir kursus ini, pelajar diharapkan dapat memahami apa perbezaan dan persamaan antara kaunseling dengan psikoterapi serta mengenalpasti sejauh mana elemen tersebut dapat membantu perubahan dalam diri seseorang.
Introduction to Digital Skills
Content:
- Apa itu kemahiran digital
- Kepentingan dalam kehidupan harian
Kursus ini membincangkan tentang analisis kajian-kajian kontemporari berkaitan al-Quran dan Hadis. Kajian-kajian yang dibincangkan meliputi analisis kajian ilmiah berkaitan al-Quran dan hadis untuk menonjolkan kredibiliti al-Quran dan hadis serta ilmu-ilmu berkaitannya. Topik-topik yang akan dibincangkan dalam kursus ini adalah prinsip al-Quran dan sunnah, autoriti teks al-Quran dan Hadis dan sumbangan ilmu melalui kajian-kajian ilmiah yang dijalankan. Selain itu, turut dibincangkan adalah kenyataan kumpulan yang menyeleweng seperti daripada ulama silam, barat, nusantara dan khususnya Malaysia untuk didedahkan kepada pelajar. Di akhir kursus, pelajar akan mampu menganalisis dengan membuat penilaian dan membahas tentang kajian-kajian yang berkualiti atau sebaliknya berkaitan al-Quran dan hadis. Cara pentaksiran bagi kursus ini adalah melalui kerja kursus dan peperiksaan akhir.
Kursus ini membincangkan tajuk-tajuk yang berkaitan dengan metodologi kajian ahli hadis berpandukan kepakaran ahli hadis dalam bidang bermula pada era awal pembukuan hadis. Kursus ini juga berdasarkan penulisan sarjana mengikut kurun dan abad. Pelajar juga dapat didedahkan tokoh-tokoh dalam bidang hadis pada era awal kajian hadis dibukukan sehingga kini. Perbincangan kursus ini mendedahkan metodologi ilmu hadis berpandukan kaedah al-Dirawah dan al-Riwayah serta merungkai pembuktian dalam periwayatan melalui konklusi yang pakar dan berautoriti. Perbahasan dalam setiap topik menerangkan, mengkategori dan merumuskan metodologi berasaskan sumbangan pakar rujuk hadis pelbagai sumber. Penerokaan kursus ini juga menyentuh perbahasan metodologi terhadap sumbangan ahli hadis di dalam karya-karya mereka yang menjadi rujukan dan kajian pengkaji yang menceburi bidang hadis sehingga kini.
Kursus ini membincangkan konsep ilmu menurut perspektif Islam dengan menumpukan kepada sumber, kaedah, dan tujuan pengetahuan dalam tradisi intelektual Islam. Pelajar akan diperkenalkan kepada asas epistemologi Islam yang berteraskan wahyu, akal, dan pengalaman, serta hubungan antara ketiga-tiga elemen ini dalam pembentukan ilmu.
Perbincangan merangkumi peranan al-Quran dan al-Sunnah sebagai sumber utama ilmu, serta sumbangan tokoh-tokoh sarjana Islam dalam membangunkan teori ilmu. Kursus ini juga meneliti perbezaan antara epistemologi Islam dan epistemologi Barat, termasuk isu-isu seperti kebenaran, keyakinan, keraguan, serta batasan akal manusia.
Selain itu, pelajar akan didedahkan kepada cabaran semasa dalam memahami dan mengaplikasikan epistemologi Islam dalam konteks moden, termasuk dalam bidang sains, teknologi, dan pemikiran kontemporari. Di akhir kursus, pelajar diharapkan dapat memahami kerangka epistemologi Islam secara menyeluruh serta mampu menilai pelbagai bentuk ilmu berdasarkan perspektif Islam.
Kursus ini bertujuan memberi kefahaman kepada pelajar tentang sejarah perkembangan, akidah dan kepercayaan agama-agama tertua serta terpopular di dunia. Antara agama yang dipelajari dalam kos ini adalah Agama Hindu, Agama Buddha, Agama Jaina, Agama Sikh,Agama Falsafah Tao dan konficius, Agama Kristian dan Agama Yahudi. Pelajar juga akan didedahkan dengan aliran pemikiran moden dan ideologi semasa seperti sekularisme, zionisme, kapitalisme, komunisme dan sebagainya. Kaedah pengajaran adalah secara kuliah dan penilaian dijalankan melalui ujian bertulis, pembentangan dan esei. Pada akhir kursus, pelajar dapat membezakan kepercayaan Islam, kepercayaan agama-agama lain, aliran pemikiran moden serta dapat mempamerkan sikap positif dan akhlak mulia sebagai seorang pendakwah sama ada sesama muslim atau kepada non muslim
Kursus ini membincangkan konsep, teori, dan aplikasi komunikasi dakwah dalam era moden yang dipengaruhi oleh perkembangan teknologi dan perubahan sosial. Ia meneliti strategi komunikasi dakwah yang berkesan melalui pelbagai media, termasuk media digital, media massa, dan komunikasi interpersonal. Selain itu, kursus ini turut menganalisis cabaran serta peluang dalam penyampaian dakwah dalam konteks masyarakat global yang pelbagai. Fokus turut diberikan kepada aspek psikologi komunikasi, teknik persuasif, serta etika dalam komunikasi dakwah bagi memastikan mesej yang disampaikan relevan, berkesan, dan memenuhi keperluan audiens kontemporari.
Kursus ini bertujuan meningkatkan pengetahuan mengenai perkembangan Islam dalam kalangan masyarakat Melayu. Antara aspek yang dibincangkan ialah pengenalan
konsep tamadun, teori kedatangan dan penyebaran Islam ke Alam Melayu serta beberapa aspek berkaitan Islam dalam masyarakat Melayu seperti kesenian, perundangan
dan keintelektualan. Imperialisme Barat di Alam Melayu, Kebangkitan nasionalisme, gerakan islah dan tajdid, isu-isu, cabaran semasa dan strategi memperkasa masyarakat
Melayu juga menjadi tumpuan perbincangan.
This course provides an in-depth exploration of concepts and various research design approaches. It is delivered primarily through lectures, with emphasis on relevant theoretical foundations that underpin research in Islamic studies. Students will be exposed to essential components of research proposal writing, including problem identification, research questions, research objectives, significance of the study, literature review, sampling techniques, and data analysis.
Assessment in this course includes both presentations and the development of a research proposal. By the end of the course, students are expected to produce a well-structured research proposal that adheres to appropriate methodological standards.
Kursus ini membincangkan tentang pelbagai cabang asas ilmu dalam bidang syariah yang meliputi pengenalan kepada perundangan Islam, sumber-sumber perundangan, cara istinbat hukum dan kaedah yang digunakan dalam mengeluarkan hukum, kaedah Fiqhiyyah, Maqasid Syariyyah, undang-undang keluarga Islam, sistem kehakiman Islam, undang-undang jenayah Islam yang meliputi hukuman hudud, bunuh dan takzir, sistem muamalat Islam serta pentadbiran undang-undang Islam di Malaysia. Pengajaran dan pembelajaran kursus ini akan dilaksanakan secara menonton video dan merujuk modul secara atas talian. Pelajar akan dinilai melalui ujian, esei, pembentangan dan peperiksaan. Diharapkan pelajar yang mengikuti kursus ini dapat memahami, menguasai dan seterusnya mempraktikkan ilmu yang telah dipelajari bagi menyelesaikan permasalahan dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara.